orgga

Hello Lovelies…

Saya Zaza, Pengasas jenama ORGGA. Pertamanya, selamat datang ke ORGGA Malaysia. Saya sangat menghargai setiap dari anda yang telah melawat laman web kami dan meluangkan masa berharga anda untuk membaca isi kandungannya, dah sudah tentulah surat cinta ini. Saya akan cuba menerangkan dengan mudah dan seikhlas mungkin tentang mengapa saya menghasilkan ORGGA, kesayangan saya.

ORGGA terbentuk secara ringkas dari perkataan ORGANIC dengan double G… Yep! Saya ingin mempunyai jenama yang mudah diucapkan, diingati dan mencerminkan bahan-bahan produk saya.

Saya menggabungkan 2 konsep yang berbeza dalam menghasilkan ORGGA. Saya menggabungkan reka bentuk pembungkusan yang minimum, bersih dan moden untuk penjenamaan dan mewakili salah satu janji ORGGA sebagai produk yang bersih (tanpa penggunaan bahan kimia dan sintetik). Bukankah kebanyakan pembungkusan produk kecantikan semulajadi kelihatan sama? *wink* Walaubagaimanapun, saya menggabungkan pelbagai ramuan terbaik untuk mencipta keharmonian yang indah dalam rumusan produk saya. Sumber bahan-bahan kami adalah terutamanya dari United Kingdom, Australia, Itali, Maghribi, Tunisia, India, China dan Amerika Syarikat. Ini kerana kebanyakan ramuan ini paling jarang ditemui dan saya benar-benar mahukan hasil yang terbaik untuk anda *wink*.

Why ORGGA?

Selama bertahun-tahun, produk penjagaan kulit yang berasakan bahan semulajadi & organik telah menjadi satu trend di dunia kecantikan di barat. Namun,trend ini masih belum berlaku di Malaysia. Saya berpendapat, ini disebabkan oleh harga produk import yang mahal serta pemikiran di kalangan kita bahawa produk penjagaan kulit yang berasakan bahan semulajadi & organik tidak berkesan.

Tambahan pula, sesetengah produk jenama tempatan yang mengaku “Organic & Natural’, namun masih menggunakan dan mengandungi ramuan sintetik yang berpotensi membahayakan kulit anda.

Saya sendiri merupakan peminat produk kecantikan yang berasaskan bahan organik dan semulajadi sejak dulu lagi. Saya akui pengalaman itu adalah sangat luar biasa dan hasilnya jauh lebih berkesan. Namun, saya sedikit ralat apabila harga produk penjagaan kulit berasaskan bahan semulajadi yang dijual di luar negara jauh lebih murah berbanding di Malaysia.

Perkara inilah yang mencetus idea saya dan seterusnya memberi inspirasi untuk saya menjalankan penyelidikan dan menghasilkan produk penjagaan kulit berasaskan bahan semulajadi dibawah jenama ORGGA.

Penyelidikan dan pembangunan produk selama 2 tahun ini adalah kerana saya ingin memberikan wanita Malaysia pengalaman yang berharga dengan penggunaan produk yang berasaskan bahan semulajadi pada harga yang berpatutan dan mampu milik.

Tambahan pula, dengan peningkatan jumlah produk penjagaan kulit tempatan yang mengandungi kadar bahan kimia berbahaya yang tinggi, saya merasakan sudah tiba masanya saya berkongsi, membantu dan mendidik wanita di Malaysia tentang kebaikan dan keberkesanan produk penjagaan kulit berasaskan bahan semulajadi dan organik. Saya percaya bahawa produk penjagaan kulit berasaskan bahan semulajadi adalah terbaik untuk kulit kita.

Oleh itu, sebelum saya akhiri coretan saya untuk kali ini, pesanan saya untuk semua wanita… Jaga diri, Jaga pemakanan, senyum selalu… dan berbanggalah dengan kulit anda… Dan hadiah saya buat anda, ORGGA – Penjagaan Kulit Semulajadi & Organik yang Berkesan.

Be Gorgeous by Nature.

xoxo,
Zaza

p/s: If you have any questions regarding our products, call/whatsapp us at +6011 6560 2882 or email us at hello@orgga.my OR simply click the cute little pink bubble on the bottom right of your page *wink*.

In case you girls are wondering, what is my EVERYDAY skincare routine for the past 2 years. Yep, this is it. The infamous OLIVA set. I have a secret to tell…lol! I haven’t been to beauty facial salon for the last 5 years. Yes, I am tempted but NOPE! am not gonna do that, coz I want to simply Be Gorgeous By Nature. *grin*… and also I wanna be the testimonial of my own creation. yep. No Kidding!