Produk Kami Tidak Berkesan Untuk Anda?
Jaminan 30 Hari Pulangan Wang
- Tawaran ini terpakai bagi mereka yang membeli LINDO, OLIVA atau LIBRA Basic Set atau Complete Set sahaja.
- Tuntutan mesti dibuat dalam tempoh 30 hari dari tarikh pembelian.
- Hanya mereka yang membeli produk terus dari kami atau platform dalam talian layak untuk tawaran ini. Pembelian yang dibuat melalui ejen atau pengedar tidak akan dilayan.
- Anda mesti menggunakan set yang dibeli secara konsisten untuk sekurang-kurangnya 2 MINGGU tanpa menggunakan produk penjagaan kulit yang lain.
- Anda mesti menggunakan produk seperti arahan di kotak atau laman web. Jika anda tidak pasti tentang cara menggunakannya dengan betul, sila rujuk kepada kami di talian 018-2827793.
- Pelanggan yang mengalami kesan sampingan akibat alergi terhadap ramuan TIDAK berhak mendapat tawaran ini.
- Sila lampirkan bukti pembelian asal apabila menyerahkan tuntutan anda.
- Sila sediakan gambar anda sebelum dan selepas menggunakan set yang dibeli.
- Sila isi borang tuntutan dan cetak borang yang telah lengkap. Borang tersebut kemudiannya perlu ditandatangani dan dihantar melalui email kepada ‘claim@orgga.my’.
- Produk yang tidak digunakan perlu dikembalikan kepada kami. Jumlah tuntutan adalah bergantung kepada jumlah produk yang tidak digunakan.
- Sila berikan 6 – 8 minggu untuk bayaran balik diproses. Pembayaran akan dibuat melalui perbankan dalam talian ke akaun bank anda.
- Kami berhak untuk menolak apa-apa tuntutan yang kelihatan tidak tulen.
- Sila dimaklumkan bahawa terma-terma tertakluk kepada perubahan tanpa notis selanjutnya.