Be Gorgeous, By Nature

ORGGA Skincare adalah idea Pn. Zazarina (Creator & Formulator), peminat penjagaan kulit semulajadi yang sangat berdedikasi . ORGGA membuat penampilan pertama mereka kepada orang ramai pada bulan Ogos 2018 melalui platform dalam talian, ekspo perdagangan dan pameran di seluruh Malaysia. Misi kami adalah untuk menjadi jenama penjagaan kulit Malaysia pertama yang menawarkan bahan-bahan semulajadi dan organik terbaik yang setanding dengan jenama skincare antarabangsa.

Idea dan visi ORGGA diilhamkan dari rahsia alam semulajadi. Selain itu, kami ingin mengubah stigma umum bahawa “Penjagaan kulit semula jadi adalah kurang efektif atau memerlukan masa untuk menunjukkan hasil”. Kami telah memilih bahan-bahan dari seluruh dunia dengan teliti untuk memastikan keberkesanan produk kami. Sebahagian besar ramuan kami adalah dari UK, AS, Timur Tengah, Eropah, China dan Malaysia.

Kami percaya, dengan menggunakan bahan semulajadi dan organik yang berkualiti dalam produk kami, kami dapat mencipta sentuhan ajaib dan menyerikan kulit anda. Kami berkhidmat dengan penuh ketelusan kerana kami memahami bahawa pelanggan kami mempunyai hak untuk mengetahui semua ramuan yang telah kami gunakan dalam produk kami.

Di ORGGA, kami percaya kulit yang sihat dan cantik adalah hak setiap manusia.

ORGGA adalah BEBAS dari:
Alkohol, Hydroquinone, Merkuri, SLS, Paraben, Pengawet sintetik, Sulfat, Pewarna dan pewangi sintetik dan sebarang bahan kimia berbahaya.

ORGGA adalah PENUH dengan:
Tumbuhan Semulajadi & Organik, Bunga, Buah-buahan, Biji-bijian, Tanah Liat, Cinta, Minat dan Ketulusan.